Thursday, April 28, 2011

BERSATU TEGUH...BERCERAI KITA ROBOH

Ungkapan ini patut dipegang dan diamalkan x kira dalam perniagaan,keluarga(adik-bradik,mak,ayah & semualah..*,*),persahabatan dll.Bersatu sebagai satu pasukan adalah tips yg terbaik dlm memajukan sesebuah kumpulan, organisasi  & dapat mengakrabkan lg satu2 hubungan.


Sebagai pengikut & pemimpin dalam organisasi kita semua hendaklah bertolak ansur dan bersatu semua.Dengan bersatu kita berkongsi idea & pengalaman masing2 bagi menggerakkan jentera yg ada kearah kejayaaan.

Ibarat Bahtera , perlu seorang nakhoda yg memimpin bahtera dan semua ahli bersatu Hati dan Sebulat Suara...barulah bahtera mampu sampai ke hala tujunya...

Saturday, April 23, 2011

KONGSI PENDAPAT & MENANG!!!

Apa pendapat anda tentang pakaian Muslimah kini. Sila berikan pendapat anda tentang peranan dan sumbangan peniaga busana muslimah untuk menarik minat masyarakat memakai pakaian yg menutup aurat dalam lebih kurang 150 perkataan. Panel dari Beautiful Aabaya akan menghakimi pandangan anda. Hantarkan pendapat anda sebelum 1 May.

Bagi yang menghantar pendapat terbaik akan menerima hadiah berupa Jubah Malaysia  pilihan anda sendiri

Wednesday, April 20, 2011

BUTIK ANGGUN LAKSANA KINI BERWAJAH BARU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! *__*


ASSALAMULAIKUM w.b.t............
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan berkatnya Butik Anggun Laksana kini sudah beroperasi selama 4bulan............alhamdulillah juga dengan berkat usaha kami bersama-sama dengan komitmen pekerja2 kami yang terlatih, Butik Anggun Laksana kini sudah berwajah baru dan lebih banyak pilihan dari mula2 beroperasi kami. Butik Anggun Laksana kini sudah mula menjual pelbagai jenis tudung dan selendang disamping mengutamakan konsep jubah kontenperori kami. Disini kami juga menjual blouse2 yg menarik kesemua dengan harga yg berpatutan.......
   Datanglah segera ke Butik Anggun Laksana sekarang!!!!!!!!!! 

Sunday, April 17, 2011

Link List

Baru-baru ini, para bloggers yang setia mungkin mendapati bahawa blog kami telah menunjukkan sedikit penambahbaikan. Kami telah menyediakan Link List di semua blog-blog yang kami ada, supaya anda dengan mudah "berlayar" dari satu blog ke blog yang lain. Terdapat 6 link yang membawa anda ke 6 blog yang berbeza.

Anda pulanglah ke "Home" untuk mendapatkan informasi terkini tentang produk yang ditawarkan serta pelbagai lagi informasi tambahan mahupun rencana yang mencuit rasa.

Ataupun anda dapat ke link lain seperti, "Abaya Jordan", "Abaya Dubai", "Pan Arabia Ibrani" untuk mebuat belian abaya dan jubah secara online, manakala link "Shayla" memperlihatkan seleksi shayla dan pashmina dari Dubai.

Link "Malaysian Made" pula menawarkan produk-produk tempatan termasuk jubah, blouse muslimah, tudung, selendang dan bermacam-macam lagi.

Selamat berlayar~

Wednesday, April 13, 2011

Monday, April 11, 2011

STRESS...

Semua orang tidak kira lelaki ke perempuan,tua ke muda,miskin ke kaya,berkerjaya ke tidak pasti sedikit sebanyak akan merasai tekanan atau stress.

Ada org stress disebabkan hal2 remeh temeh.Ada org stress bila tidak dapat merokok,ada yg stress bila kerja banyak, ada jugak yg stress bila xde kerja dan ada juga org stress bila tgk muka bos.Pendek kata ada mcm2 jenis stress.Masing2 akan merasai stress mengikut pengalaman dan bidang masing2.

Orang yg paling berjaya ialah org yg dapat mengawal minda dan emosinya apabila berhadapan dgn sesuatu masalah.Dia melihat sesuatu masalah melalui perspektif yg betul.Orang yang berjaya akan mengambil sikap yg betul atas segala masalah yg dihadapinya.

Orang yg dapat berbuat begitu di anggap berjaya kerana dia dapat mengubah yang negatif kepada positif.Menukar tekanan menjadi satu cabaran pada dirinya,dia boleh menukar masalah menjadi satu peluang & dia boleh menukar tekanan menjadi rangsangan pada dirinya.

petikan dari BLOG PAKARHOWTO

Wednesday, April 6, 2011

Saingan Sengit..

Persaingan telah menjadi satu lumrah apabila seseorang itu terjun ke dalam bidang perniagaan. Saat ini, kreativiti sangat penting untuk mengurangkan persaingan sedia ada dalam memastikan kelangsungan bisnes. Ilham-ilham dicari, dan idea-idea yang muncul dicuba. Namun begitu, persaingan itu tetap ada, malah cabaran-cabaran lain pula datang silih berganti.
Saingan antara peniaga2 terutamanya dari jenis barang yg sama menjadi dugaan. Dugaan yang kami hadapi memang hebat. Pesaing kami  boleh dikatakan tak sampai sepuluh langkah dari butik kami yang sekarang telah menjual produk yg sama dgn kami (abaya)
Namun, walau apapun cabaran yang muncul, kami akan berfikir secara positif dan bersaing secara sihat cuba yang terbaik untuk mempromosikan dan menjual produk kami, serta cuba mencapai sasaran jualan yang tinggi, insya-Allah... doakan kami, ya... :)