Tuesday, May 11, 2010

Dulu dan sekarang...cara orang menipu

Masa dulu2 tentu anda pernah dengar cerita ada hamba Allah didatangi oleh orang yg tak begitu ia kenali utk melabur. Labur dgn dia Rm10 dapat RM100. Dia pun laburlah RM20. Lepas tempoh matang yg dijanjikan orang itu datang meneyerahkan RM200 padanya. Sebelum pergi org itu bertanya nak labur lagi ke, nanti dia datang lagi besok.


Seperti yg dijanjikan orang itu datang lagi besoknya. Pelabur menyerahkan RM500, dan seperti yg dijangkakanya, setelah tempoh matang org itu datang membawa Rm 5000.

Dan katanya" Pak, besok saya ada urusan diluar negara, kalau nak melabur lagi saya akan datang 2 bulan lagi".

Seperti yg dijanjikan org itu datang lagi selepas 2 bulan. Sipelabur dah bersedia dgn RM100,000 dari duit jualan tanah pusakanya dan tanah pusaka isterinya. Dipendekkan cerita itulah kali terakhir sipelabur berjumpa dgn org itu sehingga akhir hayatnya. dengar cerita orang selepas tu dia asyik membilang daun getah dari tanhnya yg dah dijual, yg disangkakanya wang.

Anda juga tentu ada teredengar 2 kesah berbeza baru2 ini, kisah seorang pegawai bank ibu tunggal yg menyerahkan segala simpannanya lebih dr RM200k kpd mat Afrika kerana cinta, pegawai bank wo. Seminggu selepas itu ada pulak nenek pensioner, bekas pegawai tinggi syarikat 5 bintang swasta meminta fasakh dari suaminya yg sedang sakit. Dia juga telah menyerahkan RM600k lebih kpd mat Afrika juga dan memburu cintanya hingga ke Nigeria.

Apakah mereka ini lahir utk ditipu....mereka semuanya org bijak, tp kalbu mereka dihijab rasa tamak, tamak harta, tamak kasih sayang...sihingga kewarasan fikiran ditindas sendiri.

Jgn biarkan diri anda jadi org yg begini kerana sebab yg sama....be careful with login facebook utk dptkan duit.....anda cuma kan membuang sisa2 hidup anda, atau membiarkan diri anda jadi "tool" utk meyakinkan dan menipu orang lain.

No comments: