Monday, May 2, 2011

Dan inilah dia Pemenangnya

Dengan gembiranya kami umumkan pemenang bagi pandangan masyarakat tentang Pengusaha Busana Muslimah Dalam Menarik Minat Masyarakat  Memakai Pakaian Yang Menutup Aurat adalah Che Nurul Shahirah Saufi


Pendapat beliau adalah seperti dibawah:-

Jika diperhatikan fenomena pemakaian masyarakat Malaysia hari ini, terutamanya pakaian Muslimah semakin mendapat tempat di hati para wanita Muslimah yang ingin tampil fashionable dan tidak ketinggalan zaman dalam mengikut arus kemodenan. Pelbagai gaya dan trend menjadi ikutan wanita-wanita Muslimah masa kini. Oleh sebab terlalu ingin tampil bergaya dan tidak ketinggalan, mereka sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berfesyen. Tanpa kita sedar, pakaian yang dibeli itu adalah tidak mengikut garis-garis yang telah ditetapkan oleh syariat. Seperti yang kita tahu pakaian yang mengikut syariat adalah pakaian yang menutup aurat. Namun, adakah kita telah memahami konsep sebenar menutup aurat? Tepuk dada tanyalah Iman. Ada segelintir daripada kita yang beranggapan bahawa menutup aurat hanya sekadar berpakaian menutup seluruh tubuh badan dan bertudung tidak kira pakaian yang kita pakai itu ketat atau nipis atau sebagainya. Berdasarkan hadits Aisyah dari Asma binti Abu Bakar yang datang menemui Rasulullah saw dengan mengenakan pakaian yang tipis, kemudian Rasulullah saw berpaling darinya dan mengatakan kepadanya, “Wahai Asma sesungguhnya apabila seorang wanita telah mendapatkan haidh maka tidak sepantasnya ia memperlihatkannya kecuali ini”, beliau mengisyaratkan kepada wajah dan kedua telapak tangan. Dengan ini jelaslah bahawa menutup aurat itu bukan sekadar ‘pakai baju, pakai seluar, dan pakai tudung’ itu sahaja. Begitu juga yang bertudung, kerana ingin tampak lebih progresif, bergaya dan up to date, kita begitu bertungkus-lumus melilit tudung sana sini tanpa disedari bahagian lain yang sepatutnya ditutup tidak ditutup. “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..” (surah An-Nur ayat:31). Semakin hari semakin merisaukan kita apabila melihat saudara seagama yang semakin jauh menyimpang dari panduan yang sebenar sebagai orang Islam. Identiti kita sebagai orang Islam semakin lupus ditelan arus kemodenan yang semakin melampau. Tidak salah sekiranya ingin berfesyen dalam pemakaian, namun kita hendaklah mengikut apa yang telah digariskan oleh Sang Pencipta yang Maha Agung.

Bagaimana pula dengan peniaga-peniaga busana Muslimah masa kini? Adakah mereka berperanan dalam menarik minat masyarakat untuk berpakaian yang menutup aurat? Pada pandangan saya, jawapannya adalah ya. Para peniaga boleh dikatakan sebagai penyumbangan dalam menarik para wanita Muslimah terutamanya golongan remaja untuk berpakaian menutup aurat sekiranya peniaga tersebut betul-betul memahami konsep sebenar menutup aurat sekali gus mengaplikasikan dalam perniagaan mereka. Namun demikian, realiti yang dapat kita lihat sekarang adalah kebanyakan peniaga yang menjual pakaian Muslimah adalah tidak menepati syariat Islam. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan jauh menyimpang daripada garis yang ditetapkan. Contoh yang paling jelas sekarang adalah perniagaan tudung yang semakin hari semakin pelbagai gaya dan trend. Kebanyakan peniaga pakaian Muslimah masa kini banyak mempengaruhi pemakaian yang tidak berlandaskan Islam kerana masih lagi mendedahkan aurat seperti pemakaian tudung yang jarang, kecil dan mempunyai perhiasan bercirikan tabarruj yang berlebihan. Para peniaga tidak mengambil berat soal pemakaian yang benar-benar menepati syariat Islam demi meraih keuntungan dan kemasyhuran semata-mata.

Hasil pendapat:
NURUL SHAHIRAH MOHD SAUFI
UNIVERSITI MALAYA

3 comments:

Nurul Shahirah Mohd Saufi said...

syukran buat akak Haliah...semoga perniagaan bertambah maju dan diberkati Allah...

Alhamdulillah:-)

Nurul Shahirah Mohd Saufi said...
This comment has been removed by the author.
Jalinan Timur Enterprise said...

Amiiin