Sekiranya anda berada di Khaipur, sekitar waktu ini, anda dapat lihat tinggi dan gahnya, pokok kurma menanggung beban buahnya yang keemasan secara terhormat dan sabar sebelum mereka dipungut.
Dari kejauhan, jelas kelihatan buah yang menjadi jadi, hamparan warna kuning yang tampak melaut. Bunga kapas yang sedang mengembang seperti berebut perhatian dengan tanaman gandum yang dah mulai ranum, masih tidak dapat menandingi kemegahan pokok pokor kurma, sebahagiannya setinggi 80 kaki dengan usia mencecah 80 tahun, yang menjadi penonton bisu melihat negeri ini yang di bawah pemerintahan Talpur Mirs menjadi jajahan Pakistan.
Dari June hingga August, Khaipur menjelma dari kota kecil yang suram menjadi tiba tiba begitu meriah. Ya inilah musim semi kurma kurma sedia untuk dipetik dari pokoknya, dikeringkan menjadi Chuhara.
Nomad yang berpindah randah membanjiri kota ini untuk mencari kerja sepertimana juga penganyam bakul. Tikar jerami dihampar, dan dentuman bunyi kawah berlaga menyedarkan mereka untuk bersedia .......dan tiada lagi masa diabaikan begitu saja. Terjemahan dari text asal dan foto oleh Zofeen Ebrahim
Pemanjat kurma yang mahir, Khaipur, Sind
Kaldai atau kereta tolak atau apa jua pengankutan untuk membawa kurma
dari kebun ke tempat pemprosesan
dari kebun ke tempat pemprosesan
kawah perebus
bakul anyam dan dandang tanah
Muatan yang sarat dengan kurma yang baru dipetik
Muatan yang sarat dengan kurma yang baru dipetik
Hamparan kurma yang sedang dijemur
Parti Cai (teh) semasa rehat seketika
Sambung kerja lagi dipetang yang panas
Kaum hawa pun tak ketinggalan, sebakul kurma
sebagai upah kerjaseharian
mengasingkan kurma dari tangkainya
Khaji direbus dalam kawah dalam dandang dicampur pewarna kuning
sebelum dijemur menjadi Chuhara
Guni tebal dilapik diatas bahu untuk mengelakkan
lelehan panas dari bekul bagi mengelakkan bahu dari
melecur. Upah kerja keras begini hanya Rs 250/sehari
kurma muda yang segar dan lunak akan segera menjadi
keras dibawah terik mentari
Bakul sedang dianyam
Rs 80 untuk setiap bakul
anak pohon kurma dalam makmal kajian
No comments:
Post a Comment