Pabila hidupmu penuh kekalutan dan tanganmu tak lagi gesir (cah ligah) mengendalinya, keadaan akan menjadi ruwet dan 24 jam jadi seperti tak kecukupan. Dimana silapnya? Ketika itu ingatlah sebalang bahulu dan secangkir kopi.
Seorang professor tua yang luas makrifatnya berdiri dihadapan para sarjana mengajar ilmu mantik dan falsafah mundar mandir dihadapan kelasnya dengan sebuah balang kosong. Mulutnya kumat kamit persis mengumpul bicara. Ya,tak mudah untuk menangani murid murid dewasa yang terampil berwibawa.
Tanpa sebarang bicara, Seperti Tok Bageh, dia mengeluarkan sebuah balang bahulu yang besar dan mengisinya dengan penuh dengan guli guli marmar sehingga sukar untuk ditutupi.
Lalu dia bertanya murid muridnya. Apakah balang ini sudah penuh. Mereka bersetuju balang dah penuh.
Profesor itu kemudian sekotak kerikil kedalam balang itu dan meggoncangnya seperti tok bageh yang kerasukan. Kerikil itu berjatuhan memenuhi ruang antara bebola marmar.Balang tampak begitu sarat dan penuh.
Kemudian dia berkata "Nah sekarang baru lah penuh". Para sarjana mengangguk tanda bersetuju.
Sambil tersenyum dia mengeluarkan sebuah kotak lagi. Kelas menjadi senyap. Murid muridnya jelas tercengang penuh tanda tanya. Dia mengeluarkan isi perut kotak itu yang tampak seperti pasir pasir halus dan menuang ke dalam balang bahulu itu lagi. Hi hi hi dia ketawa kegelian, sambil menggocang lembut balang kaca tadi. Sekali lagi....balang penuh tapi tak melimpah.
Sekarang bagaimana? Ada yang tak setuju balang ini sudah penuh. Kelas menjadi sepi. Tak ada yang berani bersuara. Barangkali kerana takut jadi bodoh sendiri, jika cuba tunjuk panjang akal.
Dari depan kelas dia bergerak kemeja mengambil sebuah "flask". Mereka semua tahu "flask" itu berisi kopi yang dia selalu minum buat kecergasan minda nya yang dah tua itu. Dia menuangnya kedalam dua buah cawan.
Memandang murid muridnya, dia memanggil salah seorang dari mereka kedepan. Dia minum kopi itu kadar beberapa teguk dan meminta murid tadi berbuat perkara yang sama.
Dia kemudian menuang lebihan kopi dari flask.Balang tadi dipenuhi kopi tapi tak melimpah juga
Meminta murid tadi duduk, dia meneruskan, "Nah sekarang, balang bahulu tadi melambangkan kehidupan kita. Guli guli marmar adalah melambangkan perkara perkara penting dalam hidup kita, seperti Keluarga, kesihatan yang baik, sahabat dan apa jua yang sangat kita minati. Tanpa yang lain hidup kita sudah terpenuh.
'Kerikil pula seperti keperluan lain, contohnya kerja, rumah, kereta.ia juga penting dalam hidup kita.
Manakala pasir halus tadi adalah perkara perkara yang remeh temeh.
Sekiranya kita mengisi balang tadi dengan pasir pasir halus dulu, sudah tentu guli guli dan kertikil tak dapat diisi kedalam balang.
Begitu juga dengan hidup ini, jika kita mementingkan perkara remeh temeh keluarga, kesihatan dan persahabatan akan terabai.
Jadi, berilah perhatian kepda perkara perkara yang membuat kita gembira. Beri masa pada anak anak. Sesekali buatlah pemeriksaan kesihatan. Bawa isteri bercuti dan jalan jalan. Ziarahlah sahabat.
Jangan terlalu fikirkan tentang rumah yang berselerak, laman yang belum disapu, mesin basuh yang belum dibaiki, ehem kalau budak budak sekarang blog yang belum diupdate, facebook yang belum dilawat.......itu semua tidak penting! Itu semua pasir pasir halus.
Utamakan Yang Lebih Penting.
Terasa ada sesuatu yang kurang seorang dari mereka bertanya "Apa pula dengan kopi itu"
Tersenyum lebar Sang Profesor menjawab, saya gembira kerana awak bertanya'.
" Bagaimana sibukpun kita, kita sepatutnya masih punya waktu sekali sekala untuk duduk menikmati kopi atau teh bersama rakan rakan.
Please share this with everyone you care about.
No comments:
Post a Comment