Seorang tua yang berusia 95 tahun sedang dibawa kerumah orang tua. Isterinya yang ketiga berusia 70 tahun baru meninggal semalam. Dua isterinya yang terdahulu dah lama meninggal. Kerana tiada waris dia terpaksa dibawa ke sana.
Selepas lebih sejam diruang lobi dirumah orang orang tua tersebut, datang seorang penjaga wanita menyapanya dengan nada separuh acuh. "Maaf tuk kerana lama menunggu tadi. Kami baru saja menyiapkan bilik buat atuk".
Sambil membawa atuk itu pergi, si penjaga tadi dengan nada mendatar menceritakan serba sedikit tentang bilik atuk itu agar atuk itu tidak merasa kecewa apabila melihat biliknya nanti....kain kasa tebal sebagai langsir baru, katil ditepi tingkat, mengarah ke gunung dan bla la bla….
Atuk menguntum senyum yang lebar seperti kanak kanak lima tahun dihadiahkan gula gula, saya sukakannya katanya girang. Tunngu! kata wanita tadi kekagetan, kita belumpun melihat biliknya, sekejap lagi kita kan sampai. Simpan dulu kegirangan atuk.
Tersenyum, si atuk berkata " Ia tiada kena mengena dengan bilik itu, kegembiraan adalah suatu yang saya pilih. Ia tidak berkaitan dengan keadaan bilik itu. Ia bukan kerana cantik atau tidaknya perabot, bukan juga indah tidak kemasannya. Ia suatu sikap dan perasaan yang saya pilih".
" Saya mahu bangun setiap pagi dengan sikap yang positif. Ini adalah pilihan saya. Saya boleh saja berbaring diatas katil sepanjang hari dan mengeluh tak putus putus mengenai nasib hari tua saya, merintih tentang anggota anggota badan dan panca indera yang dah mula menunjukkan tanda tanda menyurut fungsiannya atau saya boleh bergembira menghabiskan sisa sisa hidup saya dengan nikmat Allah memanjangkan umur saya dan banyak lagi anggota yang masih berfungsi dengan bagus.
Ini adalah pilihan saya. Saya mahu meneruskan sisa hidup saya dengan rasa gembira dan mengembirakan orang lain" katanya lembut dan tenang.
"Setiap hari yang mendatang adalah suatu bonus buat saya. Selagi saya dapat membuka mata, selagi saya masih bernafas saya akan menanti nanti hari esok dengan rasa gembira. Saya akan mengenang masa masa indah saya yang lalu bersama isteri isteri saya.
Hidup dihari tua adalah seperti sebuah akaun simpanan kita dibank,kita boleh gunakan kebaikan kebaikan kita dimasa lalu untuk hari tua yang gembira sebagaimana kita mengunakan duit simpanan kita.
Dengarlah nasihat saya buat dan sebarkanlah kebaikan dimasa muda dan simpanlah kenangan indah yang cucu dapat kenangi dimasa tua nanti.
Oh…terima kasih kerana membantu saya dapat menyimpan kenangan indah yang baru disaat setua ini.
Dengarlah…ini beberapa petua untuk mendapat kehidupan yang aman gembira.
1.Bebaskan hatimu dari sebarang kebencian
2.Bebaskan fikiranmu dari sebarang kerisauan-tawakkallah pada Yang Maha Memberi
Rezeki
3.Hiduplah secara sederhana
4.Banyakkanlah memberi dan bersedekah
5.Kurangkan mengharap balasan
Insya allah kamu akan mendapat jiwa yang tenang.
No comments:
Post a Comment