Sunday, August 14, 2011

Ketika kita sedang enak berbuka.........kerana nak merasa bagaimana susahnya hidup miskin.....dari posting yahoo group


Suasana Kebuluran di Afrika Timur
Afrika Timur menghadapi musim kemarau yang teruk sejak 60 tahun yang lalu yang menjejaskan hampir 11 juta orang penduduk di kawasan terbabit. Kem pelarian di Kenya dan Ethopia penuh sesak dengan kehadiran pelarian baru seramai 3000 orang hampir setiap hari yang mencari perlindungan daripada masalah kebuluran dan peperangan. Makanan dan sumber air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat. Setiap hari ada saja manusia yang mati akibat daripada krisis tersebut. Agensi-agensi bantuan yang berada di situ kecewa dengan sikap kerajaan tempatan dan juga puak pengganas yang menyekat akses bantuan untuk masuk ke kem pelarian tersebut.
Bagaimana dengan keadaan mereka hari ini, menjalani kehidupan yang sukar setiap hari tanpa makanan yang mencukupi malah jauh daripada keamanan. Mereka hanya perlukan bantuan untuk teruskan hidup setiap hari. Bersyukurlah kita yang berada di Malaysia negara yang makmur dan aman damai. Kita bebas untuk makan apa sahaja dan bebas untuk kemana-mana. Apa yang mereka makan untuk berbuka puasa. Hari-hari mereka sama sahaja tanpa ada sebarang perubahan. Jom kita tengok gambar-gambar keadaan mereka di sana.
Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg
Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air.
Pelarian Somalia Kadija Ibrahim berumur 67 duduk berehat di kem pelarian merenung jauh.
Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000, kem tersebut adalah antara yang tebesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah seramai 90,000 orang.
Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar TurkanaKenya.
Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan.
Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu untuk di jadikan sebagai kayu api.
Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir.
Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad.
Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya.
Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh.
Pelarian Somalia sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley.
Tin makanan yang telah di gunakan dari USA
Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia
Keadaan haiwan ternakan di sana.
Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi orang Somalia
Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011
Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk di jadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley.
Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk di jadikan tandas.
Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu 26 July 2011
Aden Salaad 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011.
Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru meniggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.
Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.
Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di HarfoSomalia.
Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation (OIC)
Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo 24 Julai 2011.
Seorang pekerja bantuan sedang berehat selepas mengagihkan tepung di Kem Dagahaley 22 Julai 2011.
Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian.
Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011. Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk memberikan mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan setiap hari.
Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya.
Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 July 2011.
Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah kerana kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan. Tapi kita di sini banyak membazir makanan. Makanan di buang setiap hari ke dalam tong sampah tanpa ada rasa simpati kepada pelarian-pelarian yang sedang kebuluran di sana. Malah yang menyedihkan lagi mereka adalah saudara kita, ada di antara mereka beragama Islam. Jadikanlah ini sebagai renungan kepada kita untuk merubah sikap kita, tambahan lagi ketika pada bulan Ramadhan. Ketika ingin membeli makanan dan ketika berbuka puasa ingatlah saudara kita ini yang tidak cukup makan setiap hari. Dan mereka hanya berserah nasib kepada bantuan yang ada, jika ada bantuan maka mereka boleh terus hidup, mereka tiada pilihan berbanding dengan kita. Renungkanlah peristiwa ini dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.




Saturday, August 6, 2011

Pemprosesan Kurma Di Khaipur, Sindh, Pakistan

 Sekiranya anda berada di Khaipur, sekitar waktu ini, anda dapat lihat tinggi dan gahnya, pokok kurma menanggung beban buahnya yang keemasan secara terhormat dan sabar sebelum mereka dipungut.

Dari kejauhan, jelas kelihatan buah yang menjadi jadi, hamparan warna kuning yang tampak melaut. Bunga kapas yang sedang mengembang seperti berebut perhatian dengan tanaman gandum yang dah mulai ranum,  masih tidak dapat menandingi kemegahan pokok pokor kurma, sebahagiannya setinggi 80 kaki dengan usia mencecah 80 tahun, yang menjadi penonton bisu melihat negeri ini yang di bawah pemerintahan Talpur Mirs menjadi jajahan Pakistan.

Dari June hingga August, Khaipur menjelma dari kota kecil yang suram menjadi tiba tiba begitu meriah. Ya inilah musim semi kurma kurma sedia untuk dipetik dari pokoknya, dikeringkan menjadi Chuhara.

Nomad yang berpindah randah membanjiri kota ini untuk mencari kerja sepertimana juga penganyam bakul. Tikar jerami dihampar, dan dentuman bunyi kawah berlaga menyedarkan mereka untuk bersedia .......dan tiada lagi masa diabaikan begitu saja. Terjemahan dari text asal dan foto oleh Zofeen Ebrahim


                          
                                                   Pemanjat kurma yang mahir, Khaipur, Sind
   
                                Kaldai atau kereta tolak atau apa jua pengankutan untuk membawa kurma
                                 dari kebun ke tempat pemprosesan




                                 kawah perebus



                               bakul anyam dan dandang tanah





                                 Muatan yang sarat dengan kurma yang baru dipetik




Hamparan kurma yang sedang dijemur




Parti Cai (teh) semasa rehat seketika


Sambung kerja lagi dipetang yang panas

Kaum hawa pun tak ketinggalan, sebakul kurma
 sebagai upah kerjaseharian

mengasingkan kurma dari tangkainya
Khaji direbus dalam kawah dalam dandang dicampur pewarna kuning
sebelum dijemur menjadi Chuhara
Guni tebal dilapik diatas bahu untuk mengelakkan
lelehan panas dari bekul bagi mengelakkan bahu dari
melecur. Upah kerja keras begini hanya Rs 250/sehari

kurma muda yang segar dan lunak akan segera menjadi 
keras dibawah terik mentari


Bakul sedang dianyam


Rs 80 untuk setiap bakul








anak pohon kurma dalam makmal kajian