Monday, April 11, 2011

STRESS...

Semua orang tidak kira lelaki ke perempuan,tua ke muda,miskin ke kaya,berkerjaya ke tidak pasti sedikit sebanyak akan merasai tekanan atau stress.

Ada org stress disebabkan hal2 remeh temeh.Ada org stress bila tidak dapat merokok,ada yg stress bila kerja banyak, ada jugak yg stress bila xde kerja dan ada juga org stress bila tgk muka bos.Pendek kata ada mcm2 jenis stress.Masing2 akan merasai stress mengikut pengalaman dan bidang masing2.

Orang yg paling berjaya ialah org yg dapat mengawal minda dan emosinya apabila berhadapan dgn sesuatu masalah.Dia melihat sesuatu masalah melalui perspektif yg betul.Orang yang berjaya akan mengambil sikap yg betul atas segala masalah yg dihadapinya.

Orang yg dapat berbuat begitu di anggap berjaya kerana dia dapat mengubah yang negatif kepada positif.Menukar tekanan menjadi satu cabaran pada dirinya,dia boleh menukar masalah menjadi satu peluang & dia boleh menukar tekanan menjadi rangsangan pada dirinya.

petikan dari BLOG PAKARHOWTO

No comments: