Saturday, March 19, 2011

Dalam ingatan

Semalam, seorang lagi dari BA team yang pernah sama-sama berjuang bersama kami
dalam mengharungi hari-hari yang kadang terasa panjang,
kadang singkat dek sibuk mengatur baju di lot kedai kami di Plaza Idaman,
malah sabar melayani keletah pelanggan-pelanggan bermacam ragam...
melunaskan satu-persatu tanggungjawab yang datang bersilih-ganti,
beliau telah meninggalkan kami kerana mendapat pekerjaan di sebuah hospital swasta.
Dayang Suriati, nama beliau, di sini, lebih sering digelar Kak Dayang ataupun, Dayang.
Tempoh yang singkat, 18 hari, sudah cukup untuk mewujudkan satu ukhuwah yang erat antara kami.
Membawa perwatakan tenang namun juga gemar berjenaka,
Dayang disenangi oleh BA team dan juga "jiran-jiran" di Plaza Idaman.
Doa kami, Dayang mendapat keberkatan dalam apa-apa pun pekerjaan yang diceburnya... Amin

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi... insya-Allah

No comments: