Tuesday, March 22, 2011

Selamat datang ke Zennith Zahari

Terbaru, kami membuka sebuah kedai yang menyediakan servis fotostat, binding, laminate, membaiki komputer dan bermacam-macam lagi. Kami akan cuba menambah baik dan juga mempertingkatkan perkhidmatan yang kami sediakan dari semasa ke semasa.
Kedai ini dinamakan Zennith Zahari, di mana "Zennith" di sini membawa bermaksud "kemuncak", dan "Zahari" pula bermaksud "gemilang", bagi menandakan cita-cita kami untuk membawa perniagaan kami ke puncak kegemilangan, insya-Allah.
Alhamdulillah, kedai ini telah pun berjaya beroperasi selama beberapa hari.
Jika anda memerlukan khidmat kami, sila lawati kami di lot 168, aras 1, Plaza Idaman.

No comments: