Saturday, May 14, 2011

Haruan,, Spesis Ikan Yang Banyak khasiat

Haruan, ikan pemangsa yang boleh didapati diseluruh Asia Tenggara.Toman, Bujuk, Ketutu adalah juga spesis ikan ini. Keanihan ikan ini yang jarang ditunjukan oleh ikan lain ialah amalan hidupnya yang monogami. Seperti haiwan pemangsa yang lain mereka amat mementingkan wilayah mereka.Mereka mempunya daya ketahanan yang amat tinggi dan boleh hidup dalam persekitaran  air tenang atau berarus, malah dalam persekitaran air yang cetek dan berlumpur. Dimusim kemarau mereka biasa berpindah dari lopak yang hampir kering dengan melompat keatas darat dan bergerak dengan melonjak dengan bantuan sirip bawah dan gerakan badannya untuk mencari kawasan baru.

Kajian dari pakar perubatan dan pemakanan menunjukkan haruan mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi, kaya dengan protein, hampir 70% dari berat badannya. Berbanding spesis ikan yang lain kandungan lemaknya agak rendah. Ini mungkin, sebagai pemangsa, ia perlu lincah dan gesir bagi kelangsungan hidupnya yang bergantung pada tangkapan yang cekap dan pantas.

Kita selalu dengar pepatah melayu tentang Haruan Makan Anak. Apakah haruan benar benar makan anak mereka. i beg to differ, melalui pengalaman sendiri, haruan begitu sekali menjaga anak anak mereka, sehinggakan pasangan haruan beranak, ditakuti oleh ikan ikan lain sekalipun saiz mereka 3 kali ganda lebih besar. Mereka menjaga anak anak mereka secara berpasangan, dan ketika anak mereka masih terlalu kecil, apabila rasa diancam siibu atau sibapa akan membuka mulutnya, untuk dimasuki oleh anak anak agar terlindung dari bahaya.

Selain kaya dengan protein, ia juga kaya dengan asid lemak omega-6 terdapat dalam jumlah yang tinggi. Asid lemak omega-6 atau nama lainnya asid arkidonik sangat penting dalam pemulihan tisu otot tulang dan memainkan peranan penting dalam proses radangan.

Proses penyembuhan yang lambat adalah petanda kekurangan omega-6 dalam badan. Haruan juga mengandungi kadar kandungan asid amino yang tinggi yang juga amat diperlukan dalam proses penyembuhan luka.Asid glutamik, asid aspartik dan glysin komponen penting dalam kolagen kulit, jadi siapa kata anda perlukan kolagen tiruan, makan saja sup ikan haruan, luka anda akan segera sembuh, dan bukan itu saja kulit anda malah akan lebih mulus.

Bukan saja memberi sumbangan yang besar dalam proses penyembuhan luka, haruan seperti morfin daging haruan juga boleh mengurangkan kesakitan selepas bersalin, namun juga selepas pembedahan.

kajian masih sedang dilakukan untuk mempastikan sepsisis haruan yang mana yang dapat menyumbang kepada penyembuhan kanser usus.

No comments: