Friday, August 23, 2013

Murah Hati Ganda Rezeki

HARTA nikmat yang dipinjamkan ALLAH untuk kita manfaatkan.  Segala-galanya berasal daripada ALLAH dan akan dikembalikan kepadaNYA.

Kita bertanggungjawab untuk memelihara, melindungi dan berkongsi dengan yang berhak. ALLAH menjelaskan : "Orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit dan orang yang menahan marah dan memaafkan (kesalahan) orang.  ALLAH menyukai orang yang berbuat kebajikan (surah Ali Imran 3:134)

Senangnya Sedekah

Islam menggalakkan budaya bermurah hati sehingga termaktub dalam salah satu daripada lima rukun Islam iaitu ZAKAT.

Selain itu sedekah juga menunjukkan kemurahan hati.  Ramai yang menganggap sedekah biasanya dalam bentuk material seperti wang, harta dan kebendaan.

Bukan hanya itu!! Sedekah boleh dalam bentuk:
* Sebentuk senyuman
* Berkhidmat untuk orang lain
* Mengalih objek daripada jalanan
* Memberi panduan atau nasihat

Beri yang terbaik!

Kemurahan hati dilihat sebagai satu pelaburan yang bijak pada masa hadapan.  Kemurahan hati boleh membuka jalan ke syurga kerana dengan setiap perbuatan yang mulia mendatangkan pahala yang besar dari ALLAH.

Kemurahan hati bukan memberikan sesuatu yang tidak lagi berguna dan tidak diingini lagi tapi dalam memberi sesuatu yang kita suka dan sayang.

ALLAH berfirman : " Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepaa kamu) kecuali dengan memejamkan mata padanya   (surah al-Baqarah 2:267)

Maka sebaik-baik pemberian ialah barang yang kita sayang.

Memberi untuk Menerima

Tuhan menerangkan dalam Al-Quran bahawa pemberian yang disertai sifat murah hati, dengan niat kerana ALLAH, DIA akan menggantikannya.  ALLAH mengetahui apa-apa yang ada alam hati manusia.

Yakinlah sifat murah hati akan terbalas.  ALLAH memberi jaminan : "Katakanlah :'Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan menyempitkan bagi sesiapa yang dikehendakiNYA.  Apa-apa saja yang kamu dermakan, ALLAH akan menggantikannya dan DIAlah sebaik-baik Pemberi rezeki'" (Surah Saba' 34 : 39)

Sifat keekut tidak boleh ada dalam sanubari umat Islam kerana ALLAH telah menjamin bahawa harta kita tidak akan habis atau luak jika kita berikan kepada orang lain.

Malahan ALLAH akan menambah keberkatan dan pemberian kita akan diganti dan ditambah.

Kita akan bahagia apabila mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain.  Kita akan menerima pertolongan selepas kita menolong orang lain.  Kita akan bertambah ilmu dengan berkongsi ilmu dengan orang lain.  Inilah yang dinamakan konsep "MEMBERI UNTUK MENERIMA".




petikan dari majalah SOLUSI 

Monday, August 12, 2013

Hari Raya dan Majlis Rumah Terbuka...

Salam Aidil Fitri kepada semua...

Sejak semalam lagi dah kedengaran keluhan dari teman-teman dan saudara mara pasal hari ni nak mula bekerja selepas seronok bercuti berhari raya.  Hihihi.. Memang inilah lumrahnya pada sebahagian manusia, tapi selalunya hanya sementara.  Bila kaki da mula menjejaki pejabat, jumpa pulak kawan-kawan.. ditambah lagi bersembang tentang raya sambil breakfast bersama-sama, semua rasa malas tu hilang dan bersemangat semula bila duduk di meja kerja.

Cuti raya sudah pun berakhir pada kebanyakkan dari kita.  Tapi sambutannya pasti tidak akan terhenti di sini sahaja.  Selepas ni setiap hujung minggu akan ada sahaja jemputan-jemputan rumah terbuka dari kawan-kawan mahupun saudara mara.  Malah sejak tahun lalu, sudah ramai mula yang buat rumah terbuka pada waktu malam di hari bekerja untuk mengelakkan kesesakan lalulintas atau pertembungan dengan jemputan rumah terbuka orang lain.

Tidak cukup dengan itu, pasti syarikat-syarikat, jabatan-jabatan mahupun semua agensi tak mahu ketinggalan mengadakan majlis untuk kakitangan dan para jemputan.

Hmm.. sesekali admin terfikir... sejak bilakah agaknya tradisi rumah terbuka ini bermula dan menjadi popular? Sehingga rasanya ia seolah-olah "acara wajib" yang perlu dibuat oleh setiap keluarga?  Kalau tak dibuat, kawan-kawan pula asyik bertanya. haihhhh... Memang kena tunggu orang jemput ke rumah terbuka ke, baru nak datang beraya?

Ada juga admin tertanya-tanya... Macam mana pula pada mereka yang kurang berada? Yang tak mampu mengadakan rumah terbuka? Mungkin tak mereka malu untuk bersama-sama? Takut nanti ditanya bila pula nak buat acara? hihi.. banyak pula admin fikirkan... 

Apa pun, Majlis Rumah Terbuka memang banyak faedahnya.. Selain dari dapat mengeratkan silaturrahim, malah dapat berkongsi rezeki untuk sama-sama menjamu selera.  

Cuma banyak juga perlu dijaga.. biarlah majlis ni dibuat dengan niat yang betul dan ikhlas... Bukanlah untuk bermegah-megah rumah cantik dan perabot-perabot yang baru ditukar.  Dan bukan untuk berlawan-lawan rumah terbuka siapa yang lebih glamour dan meriah.

Dan yang paling penting.. janganlah sampai seronok sangat melayan tetamu hingga terlalai waktu mengadap yang ESA. Semoga tiada pembaziran baik dari segi makanan mahupun dari segi persiapan.  Semestinya aurat dan pergaulan perlulah dijaga.  Hmm.. ni peringatan untuk diri admin sendiri juga... memang seronok mengunjungi rumah-rumah terbuka, semoga admin tak lalai dan alpa...


(gambar hiasan)



Thursday, July 11, 2013

Jubah Syria SJ21

As Salam semua.. Kami datangkan Jubah Syria yang elegan, cantik dan bergaya.. Pastinya anda akan gembira dan berpuas hati dengan Jubah Syria ini...

Sunday, June 16, 2013

Salam, alhamdulillah kami dapat supply abaya dari Syria, lebih kurang semuanya abaou 200 pasang......agak cantik juga pada yg berminat sila lihat preview di Kirana As Syams www.abayajordania.blogspot.com

Friday, March 22, 2013

Cantikkan, mahukah anda memilikinya....sila order secara online