Sejak semalam lagi dah kedengaran keluhan dari teman-teman dan saudara mara pasal hari ni nak mula bekerja selepas seronok bercuti berhari raya. Hihihi.. Memang inilah lumrahnya pada sebahagian manusia, tapi selalunya hanya sementara. Bila kaki da mula menjejaki pejabat, jumpa pulak kawan-kawan.. ditambah lagi bersembang tentang raya sambil breakfast bersama-sama, semua rasa malas tu hilang dan bersemangat semula bila duduk di meja kerja.
Cuti raya sudah pun berakhir pada kebanyakkan dari kita. Tapi sambutannya pasti tidak akan terhenti di sini sahaja. Selepas ni setiap hujung minggu akan ada sahaja jemputan-jemputan rumah terbuka dari kawan-kawan mahupun saudara mara. Malah sejak tahun lalu, sudah ramai mula yang buat rumah terbuka pada waktu malam di hari bekerja untuk mengelakkan kesesakan lalulintas atau pertembungan dengan jemputan rumah terbuka orang lain.
Tidak cukup dengan itu, pasti syarikat-syarikat, jabatan-jabatan mahupun semua agensi tak mahu ketinggalan mengadakan majlis untuk kakitangan dan para jemputan.
Hmm.. sesekali admin terfikir... sejak bilakah agaknya tradisi rumah terbuka ini bermula dan menjadi popular? Sehingga rasanya ia seolah-olah "acara wajib" yang perlu dibuat oleh setiap keluarga? Kalau tak dibuat, kawan-kawan pula asyik bertanya. haihhhh... Memang kena tunggu orang jemput ke rumah terbuka ke, baru nak datang beraya?
Ada juga admin tertanya-tanya... Macam mana pula pada mereka yang kurang berada? Yang tak mampu mengadakan rumah terbuka? Mungkin tak mereka malu untuk bersama-sama? Takut nanti ditanya bila pula nak buat acara? hihi.. banyak pula admin fikirkan...
Apa pun, Majlis Rumah Terbuka memang banyak faedahnya.. Selain dari dapat mengeratkan silaturrahim, malah dapat berkongsi rezeki untuk sama-sama menjamu selera.
Cuma banyak juga perlu dijaga.. biarlah majlis ni dibuat dengan niat yang betul dan ikhlas... Bukanlah untuk bermegah-megah rumah cantik dan perabot-perabot yang baru ditukar. Dan bukan untuk berlawan-lawan rumah terbuka siapa yang lebih glamour dan meriah.
Dan yang paling penting.. janganlah sampai seronok sangat melayan tetamu hingga terlalai waktu mengadap yang ESA. Semoga tiada pembaziran baik dari segi makanan mahupun dari segi persiapan. Semestinya aurat dan pergaulan perlulah dijaga. Hmm.. ni peringatan untuk diri admin sendiri juga... memang seronok mengunjungi rumah-rumah terbuka, semoga admin tak lalai dan alpa...
(gambar hiasan) |
No comments:
Post a Comment